Featured Posts

Thursday, January 26, 2012

Senyum dan ketawa

Okeh..
Lame dah aku xupdate blog
Ye  lah..
Tugas seorang isteri dan ibu yang cute ni memerlukan komitmen yang lebih
Untuk menjamin kebahagiaan sejagat
Hahaha saje nak riak : BM aku A1 mase SPM..hak3
Mesti korang tengah buat muke nyampah kan??

Ade berita baik dan berita buruk kali ini..
Mane korang nak tau dulu?
Ok fine, bak kata peribahasa,
Bermudik ke hulu  berenang ketepian
Kalau xtau berenang naik je bot tambang..
Hahaha aku merapu dah!
Kite review yang buruk dulu lah ye.

Macam biasa lah
Aku kan pengunjung setia blog admire aku.
Link? Oh no..sorry2~
Aku memang nak sangat bagi korang link blog dia yg xla gojes sgt tu
Tapi aku takut nanti dia hangin satu badan terus
Terapung jd belon udara
Oh stop2! Aku merapu lagi
Err hari ni hari merapu sedunia ke??
K lah, aku hormat privasi dia.

Eh tu bukan main point dia..
The main story is about his latest entry yang bertajuk “Maafkan aku,aku yang salah”
Ala lebih kurang cam gitu la
Dalam entry tu dia mintak maaf dengan wanita a.k.a girlfren dia
Sebab dia dah buat salah sampai GF dia mintak clash
Dia tulis, memang style dia mcm tu mungkin sebab pengalaman cinta sebelum ni
Dia akur keputusan GF dia tu untuk putus
Paling aku xbleh blah, dia tulis
“kerana kau anugerah teristimewa sepanjang kita bersama”
Betuahnya pempuan tu kan?
Aku yang sayang gile setengah mampus (setengah je dh la) kat admire aku ni
Celah taik mata pun dia xmo pandang (cane nak pandang dh aku kat Kedah dia kat Putrajaya??)

Ok dh ber jela2 aku merapu pagi ni
Lame xmenulis cam gitu la
Asyik tulis minit meeting je
Tu la akibatnye.
Ok last but not least (sebab aku pun tau korang boring bace entry aku nih)
The gud news is…
I’M ALMOST 3 MONTH PREGNANCY FOR MY SECOND CHILD!!!
Malunye…babai
cEkeDoUT pasal eNtRy Senyum dan ketawa

Thursday, December 29, 2011

Idols?

Dalam senarai laman web favourite aku,
Mesti ada blog dia.
Dia tu sape?huhu~ Cinta pertama selamanya..
Nama dirahsiakan..kwang3~
Boleh kita panggil dia Nade?
Sebab itu nama comel aku untuk dia.
Sejak 1995 - 16 tahun yang lalu.
Huh lama jugak la kire aku admire kat dia

Kalau korang tanya kenapa aku suka dia
aku xda jawapan untuk itu
Sebab aku suka la~ bleh ke mcm tu?
Ngeh3~
Mungkin Allah menganugerahkan rasa itu untuk membahagiakan aku
Dan menyusah serabutkan dia..hahaha kejamnya aku!


Tapi setelah 16 tahun pun, Allah xmentakdirkan jodohku dengan dia.
Kenapa?Wallah hualam..mungkin xde chemistry kot
Macam mana nak kawen kalau dia sebut nama aku pun penuh kebencian

Alhamdulillah
Ade jugak Allah bagi jodoh kat aku..dengan orang lain
Tapi tu lain entry
Ni entry pasal dia je..hehe
Hmm mencintai xsemestinya memiliki kan?
Aku sentiasa mendoakan dia bahagia
Tapi aku sakit bila ada wanita di sisi nya
Kenapa ntah..beruntungnya wanita itu..
Setiap kali baca blog dia, sekurang-kurangnya aku tau dia bahagia
Moga dia terus bahagia dan gembira
Hanya Allah yang tahu betapa aku suka dia!

Namun hanya satu lelaki yang aku cinta..
Lelaki yang telah ditetapkan di loh mahfuz untuk ku menjadi miliknya
Suamiku..
cEkeDoUT pasal eNtRy Idols?

Tuesday, July 12, 2011

Islam dan babi



Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti
ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk
ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah
sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit
babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan
pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.
Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis
babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi
muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau
berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan
untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label
ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang
bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk
ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source
of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi". 


Sumber : emel staf
cEkeDoUT pasal eNtRy Islam dan babi

Tuesday, June 28, 2011

Hari ini

Oh lala..
Lama dah aku xber blog walking
Err actually bukak blog pun tidak
Bukan aku sengaja..
Tapi aku bz sikit dengan keje2 pejabat.
Rezki mau halal jugak kan?
Lagi pun kalau update hari2, xde best stori pulak nk di stori mori kan..

Pertama..
Keputusan ujian kelayakan tu ditangguhkan
Ha?xtau cite? Sila refer SINI

Hmm ok dah tengok?
Sambung cite balik..
Aku punye la tanye pun ye tanye.. ni feedback derg
Sedih aku..

Kedua..
Aku mohon nak jadi felo kolej
Tapi..sampai skrg pun tiada jawapan lagi

**ting! Ting! Ting! ** aku xsewel lagi eh! Berite gempar! Berite gempar!

Mase aku tengah tulis entry ni
Tetibe fon bebunyi.. aku pakai ringtone standard nokia je.

Aku                  :           Hello
                        :           Hello ni Hanil ke?
Aku                  :           Ye saye Hanil
                        :           Ni hidayah dari HEP
Aku                  :           Oh ye Puan ade ape ye?
Pn. Dayah       :           Khamis ni keje x?
Aku                  :           InsyaAllah keje. Knp?
Pn. Dayah       :           Pengarah suruh dtg interview felo pukul 8.30 pagi.
Aku                  :           Oh yeke?(control cun padahal dh tegedik2 lompat dh)
Pn. Dayah       :           Ye, Hanil boleh datang x?
Aku                  :           Ok2..pukul 8 saya sampai.
Pn. Dayah       :           Ok thanks. Jumpe nanti ye.
Aku                  :           Ok bye.

Ok tu aje lah~ kesimpulannye aku akan g interview tu Khamis ni!
Yihaaa! Korang doakan aku dapat jawatan felo tu ye!
Sawadikaap~


cEkeDoUT pasal eNtRy Hari ini

Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail meninggal dunia

Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara. Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat.

Alfatihah...


cEkeDoUT pasal eNtRy Zami Ismail meninggal dunia

Saturday, June 18, 2011

Happy Birthday Hanyll!

Ehem2~ Mengikut IC, 8x0604-14-x2x6..
So pade 4 Jun aritu, genaplah umur aku 26 tahun..
So menari2 lah makhluk di bawah ini meraikannye~
Ramai jugak yang wish~ Tapi yang paling aku teruja sekali, my hubby.
Siap letak kat depan grill umah..
Teruja aku nak tunjuk..
Okeh2 jap aku scan! 
Skrg ni scan jelah sebab Sony Ericson aku dah rosak dilolipop 
oleh my precious budak betuah anak soleh tu
(ni la manusia yang bertanggungjawab men'jahanam'kan Sony Ericson aku)

Tapi pape pun Alhamdulillah, aku bersyukur..
26 tahun (xrahsia umur eh~) aku merasai nikmatNya
Oksigen percuma, nikmat pancaindera percuma
(kalau berbayar memang xmampu aku nk bayar)

Ha ni dia..
Sweet x?hihi~
Sayang jugak dia kat aku rupanya..
Ingatkan xsayang..hihi
cEkeDoUT pasal eNtRy Happy Birthday Hanyll!

Friday, June 17, 2011

The power of kindness

 The power of kindness

Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati.  Kita tidak merasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengan dia.  Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baik hati, seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, beramah mesra, kasih sayang, bersimpati dan suka menolong. 

Mengapa kita sukakan sifat-sifat sedemikian dan tidak yang sebaliknya?  Tentulah sifat-sifat  baik itu sifat semulajadi manusia, iaitu sifat fitrah.  

Oleh kerana manusia telah menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan maka sifat-sifat yang buruk telah menepikan sifat-sifat yang semulajadi dan perangai manusia menjadi bercampur-aduk dengan sifat-sifat baik dan buruk.  Pengawalan hawa nafsu amat penting dalam proses pembersihan diri daripada sifat-sifat buruk dan pengawalan ini hendaklah dilakukan melalui pemikiran yang waras dan wajar.  

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, bemaksud: “Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa.”

 (tu jelah yang sempat aku share..)
Sumber : IPQ melalui emel staf
cEkeDoUT pasal eNtRy The power of kindness
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...