Thursday, October 11, 2012

BR1M 2.0 : Bujang RM250 Isi rumah RM500

Alhamdulillah..
Bajet tahun 2013 menyebelahi orang yang bergaji bawah RM3,000.
Details untuk BR1M 2.0 bagi tahun 2013 adalah seperti berikut :

Bujang (Terbaru)

  • Syarat kelayakan (bujang) :  Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
  • Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Malaysia : RM250
  • Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
  • Tarikh Pembayaran : Awal 2013 
  • Mahasiswa terkecuali dan diganti dengan baucer buku 1 Malaysia

Isi Rumah

  • Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
  • Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
  • Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
  • Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
  • Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Malaysia?

Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Tetapi….jikalau anda pemohon baru bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini, apa yang perlu anda lakukan selepas ini adalah :
  1. Mula mendaftar mulai November 2012 ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  2. Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda. Itu sahaja….
  3. Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.

2 comments:

  1. tahun lepas tak mohon tahun ni den nak mohon...

    ReplyDelete
  2. syukur dgn keprihatinan kerajaan

    ReplyDelete

siLe cOmmEnt~jAnGan mEMaLu
nAnty I dAtAng Ler BLoG u OLz bALik wOkEH!!!
LaP u!